Mengenai kami

Sejarah Naman Choi Chiwit

Minyak angin Naman Choi Chiwit diperbuat daripada campuran 50 jenis herba dan rempah tradisional yang diimport dari dalam dan luar negara. Diproses dengan teliti secara berperingkat menggunakan kaedah tertentu. Produk ini diklasifikasikan sebagai produk tradisional moden, dan telah menempa namanya di pasaran antarabangsa seperti Brunei, Indonesia dan Singapura sejak mula diasaskan.

Minyak Naman Choi Chiwit ini diasaskan oleh Haji Ashari Bin Sharif Bin Taha Bin Deramat. Beliau dilahirkan pada tahun 1927 di Thailand, dan kemudian merantau bersama bapanya ke Malaysia lalu memilih untuk menetap di Sauk, Perak. Naman Choi Chiwit merupakan idea asal bapanya, Tok Sharif, namun tidak dikomersialkan. Beliau mengambil inisiatif untuk mengolah semula idea dan resipi tersebut lalu memulakan perniagaannya sekitar tahun 1960. Naman Choi Chiwit mula dipromosikan dan diperkenalkan di Sauk, dari rumah ke rumah melalui bidan dan tukang urut, serta melalui majlis keramaian seperti kenduri perkahwinan dan kematian. Dengan izin-Nya perniagaan ini terus berkembang ke negeri Kedah dan Johor (Batu Pahat) dan terus dikenali sehingga berjaya mengukir nama di negara Brunei Darussalam. Beliau merupakan seorang yang sangat berpegang teguh pada prinsip hidupnya iaitu; rendah hati, amanah, istiqamah dan iqtisad (diambil dari perkataan Bahasa Arab yang bermaksud Ekonomi). Beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 1979.

Haji Jaal Bin Haji Mat Isa - Berkhidmat Sejak 1975

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TESTIMONIAL

Apa kata
pelanggan

  • Amal Zaimah (Brunei Darussalam)
    Minyak angin turun temurun dan tradisional Naman Choi Chiwit sudah lama saya dan keluarga menggunakannya. Sejak saya masih kecil lagi, minyak angin ini menjadi kegemaran keluarga. Ianya mustajab, sebati dan serasi untuk digunakan oleh seluruh keluarga. Dan ia sangat sesuai digunakan oleh semua peringkat umur kerana tidak terlalu panas. Malah, ia mempunyai banyak kegunaan selain sebagai minyak urut, ia juga sesuai untuk sakit dan kembung perut, sakit kepala, lenguh, luka dan gigitan serangga. Setiap kali saya kehabisan stok, saya pasti akan beli lagi kerana harganya sangat berpatutan.
    Amal Zaimah (Brunei Darussalam)
  • Afique Yusof ( )
    Alhamdulillah dengan izin Allah sakit sendi dan lenguh-lenguh hilang. Sebelum ini saya mencuba minyak ini untuk kali pertama semasa berurut dan disyorkan oleh kawan saya.
    Afique Yusof ( )
  • Anisa Radhi (Kayu Ara, Damansara)
    Minyak Naman Choi Chiwit adalah pilihan keluarga saya dan telah digunapakai sejak 3 generasi. Minyak ini sesuai untuk semua peringkat umur dan sesuai untuk pelbagai jenis penyakit seperti lenguh-lenguh, sakit perut, senggugut, angin, luka akibat gigitan serangga, gatal-gatal, kulit sensitif dan lain-lain. Saya juga telah memperkenalkan minyak ini kepada rakan-rakan dan saudara mara dan mereka amat menggemarinya! Terima kasih kerana menjadi agen di sekitar lembah Klang. Kini lebih mudah untuk saya mendapatkannya dan tidak perlu pulang ke kampung untuk mendapatkannya. Terima kasih Naman Choi Chiwit!
    Anisa Radhi (Kayu Ara, Damansara)
  • Azmin Mardziah (Klang)
    Saya sangat bersyukur kerana dapat bertemu dengan Syarikat Naman Choi Chiwit yang asli, kerana saya pernah ditipu dengan penjual minyak angin palsu di Pasar Pekan Rabu di Alor Setar, Kedah. Minyak ini tulen dan baunya harum. Alhamdulillah saya mula mengetahui tentang minyak ini dari arwah nenek saya pada awal tahun 80-an. Saya doakan semoga minyak ini berjaya menembusi pasaran antarabangsa kerana ia sangat berkualiti, insyaAllah.
    Azmin Mardziah (Klang)
  • Kamarul (Bangsar, Kuala Lumpur)
    Saya telah mencuba minyak ini dan ia sangat bagus. Saya menggunakannya untuk merawat sakit urat dan sendi. Sendi tumit saya semakin pulih dan kurang sakit ketika berjalan.
    Kamarul (Bangsar, Kuala Lumpur)
  • Zana Amer (Bota Kiri, Perak)
    Saya merupakan pengguna setia minyak ini sejak kecil lagi.
    Zana Amer (Bota Kiri, Perak)
  • Hasenah Ibrahim (Wangsa Maju)
    Minyak ini telah saya gunakan sejak 40 tahun yang lalu dan ianya sangat mujarab.
    Hasenah Ibrahim (Wangsa Maju)
  • Shifa (Selangor)
    Pada mulanya, minyak ini telah diperkenalkan oleh nenek saya. Sejak itu, kami sekeluarga menggunakannya dalam kehidupan seharian dan berpuas hati dengan minyak ini.
    Shifa (Selangor)